Unit Pengajian Am
Friday 25 April 2014 @ 09:32




Unit Pengajian Am (UPA) adalah salah satu unit akademik di bawah Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran (JKK) yang bertanggungjawab dalam menawarkan Program Wajib Kolej (PWK) kepada pelajar-pelajar kolej komuniti. Program yang ditawarkan ini adalah untuk melengkapkan graduan dengan kemahiran dan pengetahuan yang seimbang dan memenuhi kehendak Malaysia Qualification Agency (MQA). UPA juga bertanggungjawab untuk membantu Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran dalam perlaksanaan kurikulum dan pentadbiran secara keseluruhannya.


Misi UPA

Kearah melahirkan modal insan yang kompeten dari segi kebolehan berkomunikasi, berkeperibadian tinggi berlandaskan ajaran agama dan moral.


Objektif UPA

Berusaha mengembangkan potensi pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar yang berketrampilan dan berakhlak mulia disamping mampu menguasai kemahiran asas Bahasa Inggeris dan kemahiran insaniah bagi memenuhi kriteria dan kebolehpasaran pelajar.