Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
Friday 25 April 2014 @ 07:51


Bagi seluruh pelajar Politeknik Mersing dan juga seluruh politeknik di Malaysia diwajibkan lulus latihan industri sebagai salah satu syarat utuk meneruskan sijil atau diploma di politeknik. Dalam konteks ini, kepentingan latihan industri kepada pelajar seperti:


1) Memupuk sahsiah pelajar yang cemerlang dalam menempuhi alam pekerjaan sebenar.

2) Sebagai pengalaman dan pengetahuan yang aakn dipraktikkan oleh para pelajar dalam pekerjaan yang akan ditempuhi .

3) Menyemai rasa tangungjawab, mematuhi arahan dalam sesuatu perkara yang telah ditugaskan ke atas pelajar.

4) Melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang yang diceburi.

5) Memudahkan para pelajar memohon pekerjaan di mana ianya sebagai bukti bahawa pelajar telah menjalani latihan industri dan mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut.

6) Menanam minat yang lebih mendalam dalam bidang yang diceburi.