Minggu 1
Friday 25 April 2014 @ 10:12


02 Disember 2013 - 06 Disember 2013


o Melapor diri kali pertama di Kolej Komuniti Bandar Penawar. Kemudian diberikan taklimat ringkas mengenai tatatertib bekerja KKBP dengan lebih terperinci seperti berdisiplin dalam masa untuk hadir dan balik sepanjang menjadi pelajar praktikal di sini.

o Ditempatkan di Unit Hubungan Latihan Industri.

o Diberikan tugasan oleh Pn Harwati untuk memasukkan data alumni pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar kedalam Microsoft Office Excel.

o Diberikan tugasan sekali lagi oleh Pn Harwati dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office PowerPoint, saya dikehendaki untuk membuat sebuah powerpoint bertajuk “Bahan Logam”.

o Pada 04 Disember 2013, saya ditempatkan di Unit Pengambilan

o Kemudian saya diberikan tugas untuk mengemaskini data pelajar yang baru mendaftar di dalam ePelajar.

o Tugasan yang seterusnya, saya ditugaskan untuk membuat penyelenggaraan komputer di Perpustakaan. Saya telah mempelajari bagaimana untuk membuka CPU, memasang RAM, PCI Express Adapter dan supplier cable.

Rajah 1: Ketika penyelenggaran komputer dilakukan