Laporan Teknikal Pertama
Friday, 25 April 2014 @ 23:57
Pengenalan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan migrasi infrastruktur e-mel Kementerian sedia ada kepada infrastruktur baru iaitu perkhidmatan Government Unified Communication( 1GovUC) merupakan salah satu inisiatif di bawah projek permulaan EPP 2-1 Perkhidmatan Gunasama Kerajaan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan migrasi infrastruktur e-mel Kementerian sedia ada kepada infrastruktur baru iaitu perkhidmatan Government Unified Communication( 1GovUC) merupakan salah satu inisiatif di bawah projek permulaan EPP 2-1 Perkhidmatan Gunasama Kerajaan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Tujuan utama 1GovUc
adalah untuk mewujudkan pelaksanaan media komunikasi bersepadu antara agensi
kerajaan. Secara ringkasnya, perkhidmatan 1GovUc ini boleh dikategorikan kepada
tiga komponen utama iaitu:
·
Perkhidmatan e-mel – iaitu e-mel/kalender/kenalan.
· Perkhidmatan UC- meliputi IM,
Presence, Audio,Video, Web Conferencing
serta Khidmat Suara dan Telefon.
· Perkhidmatan Telepresence – Bersifat
imersif dan kualiti Audio dan video berdefinisi tinggi.
1GovUc menyediakan
kemudahan untuk akses kepada e-mel, kalender dan kenalan dari hampir tidak kira
dari mana dan bila masa pada desktop, komputer riba dan peranti mudah alih di
samping membantu melindungi daripada perisian yang berbahaya dan spam.
Dengan menggunakan
e-mel 1GovUc kita akan berhubung dari hampir di mana sahaja dengan emel yang
dikemaskini secara automatik, kalender dan kenalan menggunakan peranti,
termasuk PC, komputer Macintosh, iPhone, telefon Android, telefon pintar
Blackberry dan Microsoft Windows Mobile. Selain itu, berhubung dengan Microsoft
Outlook 2010 dan menggunakan semua fungsi Outlook yang sedia ada sama ada
disambungkan kepada internet di rumah atau di pejabat, mahupun bekerja di luar
talian.
Spefikasi aplikasi yang digunakan
Microsoft
Outlook
Microsoft
Outlook atau Microsoft
Office Outlook adalah sebuah program pengurus maklumat peribadi dari Microsoft dan bahagian dari suite Microsoft Office. Walaupun
biasanya hanya digunakan untuk mengirim dan membaca e-mel, program ini juga
memiliki fungsi kalender, jadual kerja, catatan dan jurnal. Apabila digunakan
bersama dengan Microsoft Exchange Server, Outlook dapat menyediakan akses
e-mel, kalender dan juga jadual.
Rajah
38: Microsoft outlook 2013
E-mel
E-mel adalah suatu sistem
komunikasi elektronik di mana setiap pengguna dapat menuliskan suatu pesanan
pada satu terminal tertentu yang dapat ditunjukkan pada terminal penerima. Kata
email merupakan singkatan dari Elektronik Mail atau surat elektronik, dengan
kata lain email juga dapat di definisikan sebagai surat elektronik dimana para
pengguna terlebih dahulu harus memiliki akaun atau pada sistem tertentu.
E-mel bukan hanya
boleh mengirim pesanan dalam bentuk teks, malah e-mel juga boleh dihantar
melalui berbagai jenis fail seperti gambar, video dan audio. Tambahan pula,
penghantaran e-mel bukan sahaja boleh dihantar dengan menggunakan komputer
malah boleh juga menggunakan tablet, iPhone, telefon Android, laptop dan
sebagainya.
Rajah
39: gambarajah e-mel dan mail yang sering digunakan oleh pengguna
Control
Panel
Control panel
merupakan sebuah folder yang
mengandungi bahagian-bahagian yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu pada
komputer kita. Antara fungsinya adalah menambah/buang aplikasi, menghubungkan
rangkaian dengan PC, menambah atau membuang pengguna akaun, menukar
latarbelakang desktop dan sebagainya. Antara fungsi pengguna akaun adalah untuk
menetap mail dan menukar gambar akaun.
Menetapkan Konfigurasi e-mel 1GovUc pada Desktop
Penetapan
konfigurasi e-mel 1GovUc telah diaktifkan di pihak penyedia 1GovUc dan MAMPU
kepada semua agensi di bawah kementerian termasuk Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kolej Komuniti
Bandar Penawar merupakan satu badan agensi di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia. Oleh itu, semua kakitangan ataupun staf dan pensyarah di KKBP hendaklah
menggunakan e-mel 1GovUc. Oleh itu, saya telah diarahkan untuk melakukan
tugasan ini.
a) Memeriksa login id user 1GovUc
Masukkan username
seperti contoh juainiah.kk dan masukkan password
di dalam Outlook Web Application.
Rajah
40: tetingkap pemeriksaan login id user 1govuc
Memastikan selepas
memasukkan username dan password setiap user, paparan menunjukkan seperti Rajah
41 di bawah
Rajah
41
b) Menetapkan e-mel 1GovUc
Penyelia telah
memberikan senarai login id setiap
kakitangan Kolej Komuniti Bandar Penawar seperti Rajah 42 di bawah.
Rajah
42: Senarai nama dan username
kakitangan KKBP
Langkah pertama, setiap
komputer kakitangan akan di install
Enterprise Trust yang boleh dimuat turun pada bahagian IT Admin>1GovUC
Certificate>Enterprise Trust di laman web www.1govuc.gov.my
Rajah
43: paparan tetingkap untuk memuat turun Enterprise
Trust
Langkah kedua,
mencari aplikasi mail menggunakan dua
kaedah. Kaedah pertama untuk mencari aplikasi Mail adalah klik butang Start. Pada ruangan carian taip ‘mail’ dan
tekan Enter.
Rajah 44: Carian mail
di butang start
Tetingkap
Mail Setup akan dipaparkan seperti Rajah 45 di bawah.
Rajah 45
Kaedah kedua untuk
mencari aplikasi mail adalah melalui control panel. Tekan User Accounts and Family Safety kemudian
tetingkap seperti Rajah 46 akan dipaparkan
Rajah 46: Tertingkap user
accounts and safety
Langkah ketiga, tekan
email accounts pada mail setup seperti Rajah 47.
Rajah 47: Mail setup
dipaparkan
kemudian akan
terpapar di skrin account setting.
Disitu kita akan dapat lihat e-mel yang lama yang mendaftar sebagai e-mel KKBP.
Rajah
48: account setting memaparkan e-mel
lama.
Langkah keempat, Tandakan
e-mail account seperti Rajah 49 kemudian click next bagi meneruskan.
Rajah
49
Langkah kelima, Isikan
nama, alamat e-mel serta password bagi melekapkan data. Teruskan dengan tekan next.
Rajah
50: Lengkapkan data yang diminta sebelum klik next
Berdasarkan Rajah
51 menunjukkan selepas memasukkan alamat e-mel, komputer akan mencari alamat
e-mel yang didaftar di dalam mail server. Untuk memastikan tiada ralat komputer
hendaklah mempunyai sambungan rangkaian yang baik agar tidak menggangu proses
mencari alamat e-mel.
Rajah
51
Konfigurasi akan
berjaya apabila paparan menunjukkan tanda betul seperti Rajah 52. Klik finish.
Rajah
52
Langkah
keenam, buka aplikasi Microsoft Outlok
kemudian akan terpapar windows security
seperti Rajah 53, masukkan username
iaitu alamat e-mel 1GovUc dan password kemudian tandakan remember my crendetial dan tekan ok.
Rajah 53: Windows
Security akan terpapar ketika membuka microsoft
outlook hanya pada kali pertama selepas mendaftar akaun baru sahaja.
Di
skrin desktop akan terpapar email
lama yang mendaftar di bawah KKBP dan e-mel baru yang mendaftar di e-mel
1GovUc. Di bahagian kiri akan terpapar dua e-mel. Oleh itu, pengguna boleh
menguruskan dua e-mel dalam satu masa. Namun, e-mel lama hanya berfungsi
sebagai backup sahaja.
Rajah 54
Pada 13 April 2014 secara
rasminya Kolej Komuniti Bandar Penawar telah menetapkan bahawa semua e-mel luar
seperti gmail, yahoo, e-mel KPM mahupun e-mel JPP tidak boleh digunakan sebagai
untuk mengirim mahupun menerima e-mel KKBP sebaliknya akan melalui e-mel
1GovUc.
c) Menetapkan e-mel 1GovUc di
Telefon Pintar
Penetapan e-mel
1GovUc di telefon pintar seperti di telefon android, iPhone dan tablet adalah
untuk memudahkan urusan kakitangan KKBP ketika berada di mana sahaja untuk memeriksa
e-mel mereka.
Langkah pertama,
pergi ke menu utama dan klik menu email
seperti Rajah 55 di bawah.
Rajah
55: Menu utama memaparkan beberapa menu lain selain menu email
Kemudian, paparan setup email akan keluar di skrin telefon android. Langkah kedua
adalah masukkan alamat e-mel 1GovUC di dalam kotak pertama dan masukkan password di kotak kedua. Klik next seperti Rajah 56 di bawah.
Rajah
56: Masukkan data yang diperlukan sebelum klik next
Langkah
ketiga, pada paparan exchange server settings,
klik exchange account untuk memilih
jenis akaun. Seterusnya, masukkan username
dan password di kotak yang disediakan
seperti Rajah 57 di bawah. Klik next
untuk meneruskan.
Rajah
57
Langkah keempat,
klik untuk memilih automatic(push) di
bahagian email checking frequency. Di
bahagian amount to synchronize, klik
untuk pilih one week. Teruskan dengan
klik next seperti Rajah 58.
Rajah
58
Langkah
terakhir, untuk membezakan nama e-mel dengan akaun e-mel yang lain, di bahagian
give this account a name hendaklah
ditukarkan dengan nama yang sesuai. Di kotak kedua bawah hendaklah dimasukkan
nama sebenar pengguna seperti dalam Rajah 59. Klik done untuk selesai.
Rajah 59