Pengenalan Latihan Industri
Friday 25 April 2014 @ 07:28




Latihan industri adalah salah satu aktiviti wajib yang perlu dijalani oleh semua pelajar politeknik untuk mendapatkan sijil dan diploma. Bagi pelajar program pengajian sijil, pelajar perlu menjalani latihan industri ketika berada di semester ketiga manakala bagi pelajar diploma pula pada semester keempat dan terdapat yang dijalankan pada semester akhir. Latihan industri ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar selepas tamat pengajian serta mendapat latihan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi.


Para pelajar dapat melihat sendiri secara praktikal bagaimana sesuatu mata pelajaran yang dipelajari sebelum ini di politeknik digunakan dalam bidang pekerjaan. Selain itu para pelajar juga mendapat pendedahan awal tentang alam pekerjaan yang sebenar, di mana pelajar telah mempelajarinya dari pelbagai aspek dalam bidang kejuruteraan serta mengetahui peranan dan tugas di sesebuah jabatan dan organisasi apabila sudah menceburi alam pekerjaan kelak.


Dengan pendedahan latihan industri secara tidak langsung dapat melibatkan pelajar dengan pekerja-pekerja industri dan juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi sama ada secara formal atau pun sebaliknya. Selain itu, pelajar juga dapat menyesuaikan diri dengan tugas yang diberikan dan juga menyumbangkan idea-idea kepada jabatan yang menjalankan latihan industri.