Objektif Latihan Industri
Friday, 25 April 2014 @ 07:46
Objektif utama latihan industri dijalankan dan diwajibkan kepada para pelajar ialah kerana untuk memberi pendedahan awal kepada alam pelajaran yang sebenar. Latihan industri perlu dilakukan dan amat penting kepada pelajar bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh seluruh Politeknik di Malaysia.
Latihan industi merupakan salah satu cara atau sistem pembelajaran yang telah diwajibkan kepada semua pelajar politeknik sama ada di peringkat sijil mahupun di peringkat diploma. Tempoh latihan yang perlu dilalui oleh pelajar politeknik ialah satu semester, iaitu kira-kira 5 bulan. Setiap pelajar akan ditempatkan di firma yang dipilih oleh pelajar itu sendiri atau yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Dengan adanya latihan industri ini, pelajar dapat merasai sendiri bagaimana keadaan dan cabaran yang ditempuhi apabila berada di alam pekerjaan sebenar.
Dengan menjalani latihan industri itu setiap pelajar dapat mempraktikkan teori dan amali yang telah dipelajari di politeknik. Selain daripada itu juga, ia dapat melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti dan berkualiti tinggi untuk memajukan sektor perindustrian di negara kini yang kian membangun sejajar dengan impian Politeknik Mersing yang mahu melahirkan pelajar yang terbaik dari bidang akademik, sosial, dan ko-kurikulum.
Pengalaman yang diperolehi semasa menjalani latihan industri ini amat bermakna kepada para pelajar politeknik apabila menjejak ke alam pekerjaan nanti. Sejurus dengan itu, ia juga dapat merialisasikan matlamat negara iaitu menjadi sebuah negara yang maju sejajar dengan wawasan 2020. Pembangunan negara amat memerlukan kepakaran dalam bidang IT, di mana Malaysia akan diperlukan untuk menyokong matlamat negara. Lebih diharap lagi pegawai mahupun juruteknik Teknologi Maklumat yang terlibat terdiri daripada warga tempatan.
Sejurus dengan itu, ia dapat mengurangkan lagi kos khidmat pegawai mahupun juruteknik Teknologi Maklumat asing yang sangat mahal berbanding kos khidmat pegawai tempatan. Di samping itu negara akan dapat meningkatkan ekonomi pemasaran dan mengeluarkan barangan sendiri yang lebih berkualiti serta setandin dengan barangan luar negara yang terkenal di seluruh dunia. Dengan ini mengharapkan akan lahirnya pegawai dan juruteknik Teknologi Maklumat tempatan yang mahir, kreatif berdaya saing dan mampu menonjol diri sehingga ke taraf dunia.
Oleh yang demikian, dengan adanya latihan industri ini negara akan dapat melahirkan generasi yang berketrampilan dari segi teknologi dan mempunyai keyakinan diri dan berdaya saing yang tinggi serta mempraktikkan sifat-sifat moral yang tinggi seperti rajin, bertanggungjawab, amanah, jujur, dan dapat memperbaiki kelemahan diri dan mencipta pelbagai kebolehan serta dapat membimbing rakan sekerja agar menjadi manusia yang berjaya dan cemerlang dari semua aspek kehidupan.
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Segala puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dan keredhaanNya, kami telah dapat menyelesai dan menyiapkan laporan Latihan Industri ini dengan baik dan jayanya.
Pada kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Cik Rosilawati Binti Masdar kerana sudi menerima saya sebagai pelajar latihan industri dan Puan Siti Hasmah Binti Rahman sebagai penyelia kepada saya dalam usaha menjayakan latihan industri ini. Sesungguhnya dengan kepercayaan, bimbingan, dan panduan yang diberikan secara berterusan maka latihan industri ini dapat dijayakan dengan sebaik mungkin.
Tidak lupa semua anggota di Unit ICT, Unit Pengambilan, Unit Latihan Industri, para pensyarah dan rakan seperjuangan yang sudi memberikan kerjasama yang baik sepanjang waktu latihan industri ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan bakti yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat samaada secara langsung atau pun tidak di dalam penghasilan laporan akhir latihan industri ini.
Sekian, terima kasih.
PENGENALAN LI
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
LATAR BELAKANG ORGANISASI
LATAR BELAKANG ORGANISASI
Jabatan-Jabatan dan Unit-Unit KKBP
Kolej Komuniti Bandar Penawar mempunyai dua (2) Jabatan dan dua belas (12) Unit di mana mempunyai tugas dan peranan masing-masing di KKBP.
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
Latihan Industri boleh dijalankan di jabatan kerajaan atau firma swasta supaya pelajar dapat membezakan suasana kerja sebenar dengan suasana di politeknik. Pelajar juga terdedah kepada cabaran dan masalah yang akan dilalui setelah bekerja kelak. Pelajar yang menjalani Latihan Industri mestilah merekodkan setiap kerja yang dilakukan di tempat Latihan Industri dijalankan di dalam buku laporan harian.
Ringkasan mingguan ialah ringkasan bagi kegiatan atau kerja yang dilakukan semasa menjalani Latihan Industri iaitu di Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP). Skop kerja yang dilakukan adalah merangkumi pelbagai perkara yang berkaitan dengan kos Teknologi Maklumat (Rangkaian) yang di ambil semasa menuntut di Politeknik Mersing antaranya seperti menyelenggara makmal, melakar reka bentuk flyers dan banner serta mengemaskini laman web rasmi KKBP. Tujuan ringkasan aktiviti ini disediakan adalah sebagai petunjuk untuk ulangkaji dan memenuhi syarat bagi melengkapkan proses Latihan Industri ini.
KESIMPULAN
Pada keseluruhannya, latihan
industri ini telah banyak memberikan pengajaran dan pengalaman yang tidak
ternilai kepada saya. Sepanjang tempoh 20 minggu (satu semester) di Kolej
Komuniti Bandar Penawar (KKBP), saya telah diberikan banyak pendedahan melalui
tunjuk ajar serta bimbingan daripada kakitangan di Unit ICT, warga KKBP
terhadap pengalaman sebenar dalam alam pekerjaan.
Melalui
latihan industri ini, banyak manfaat yang dapat diperolehi oleh pelatih
terutamanya sebagai cabang dalam memotivasi dan mendisiplinkan diri dalam
menggunakan peluang yang ada sama ada melalui tugas dan tanggungjawab yang
telah diamanahkan oleh syarikat atau jabatan tempat latihan industri. Dengan
kesedaran untuk memikul tanggungjawab yang diberikan, ini secara tidak langsung
pelatih akan mempelajari cara-cara untuk membuat sesuatu kerja dengan betul dan
mengikut apa yang diarahkan oleh pihak majikan.
Oleh
yang demikian, penglibatan pelajar secara aktif dapat membantu dan memberikan
pemahaman atau pengetahuan yang lebih daripada teknik-teknik yang dipelajari
dengan mengabungkan antara teori dan praktikal yang dilalui sendiri melalui
kemahiran di tempat kerja.Walau bagaimanapun, hubungan yang baik di antara
pelatih dan kakitangan firma dapat memupuk keberkesanan komunikasi dan sifat
hormat-menghormati di antara satu sama lain.
Melalui
program latihan industri ini juga dapat memberikan pelajar untuk merasai
suasana alam pekerjaan dan cara untuk bekerja. Selain itu dapat memberikan
pelajar untuk mempelajari cara untuk berkomunikasi dalam suasana bekerja.
Sebelum
memulakan program latihan industri juga diberikan pendedahan melalui kelas
softskill. Dalam kelas ini ianya mengajar kita untuk berkomunikasi dan semuanya
ini dapat diaplikasikan semasa program berjalan. Program ini juga memastikan
pelajar dapat menyesuaikan diri dalam suasana pekerjaan.
Melalui
latihan ini jugalah pelatih dapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada kakitangan
firma yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang yang diceburi. Bagi
mendapatkan keberkesanan daripada latihan industri ini, pelatih juga didedahkan
dengan cara melakukan kerja khususnya menguruskan peralatan ICT sebenar yang
tidak dilakukan di politeknik.
Dengan
kemahiran yang telah saya perolehi, saya dapat melengkapkan diri bagi mencapai
wawasan 2020 dan menjadi modal insan yang berguna pada masa hadapan. Ia juga
merupakan pelengkap untuk saya terus maju ke hadapan tanpa rasa takut dan malu
bagi meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Di
samping itu, latihan industri juga merupakan latihan yang banyak memberi
pengetahuan dalam cara-cara menguruskan rangkaian atau network dan ICT. Ia merangkumi tentang cara mempelajari
menyelenggarakan makmal, menguruskan laman web rasmi dan meningkatkan taraf
rangkaian di dalam Kolej Komuniti Bandar Penawar.
Secara
keseluruhannya, latihan industri dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada
para pelajar. Hal ini kerana ianya bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang
berkebolehan dalam pelbagai bidang malahan dapat menyahut hasrat kerajaan yang
mahukan lepasan dari institusi-institusi pengajian di negara ini menerajui
negara dalam pelbagai bidang ekonomi, sains dan teknologi maklumat.
Akhir
sekali, para pelatih juga dapat meningkatkan kemahiran dan memupuk keyakinan
serta meningkatkan prestasi diri masing-masing kerana banyak pengetahuan dan
pengalaman yang berguna dapat diperolehi ketika menjalani latihan industri ini.
Oleh
itu, sebagai kesinambungan daripada program latihan industri ini, program ini
amat penting dan melatih pelajar untuk lebih berdikari dalam usia yang masih muda.
KOMEN DAN CADANGAN
Sepanjang tempoh saya menjalani
Latihan di Kolej Komunti Bandar Penawar (KKBP) , saya telah memperolehi banyak
pengetahuan dan pengalaman yang berguna sama ada dari segi teori mahupun amali.
Unit ICT KKBP merupakan unit di bawah tanggungjawab Bahagian Unit Multimedia
dan Sumber.
Unit Information Communication Technology (ICT) menguruskan
penyelenggaraan barangan ICT seperti komputer dan printer di setiap makmal yang
berada di kawasan Kolej Komuniti Bandar Penawar. Selain itu, ICT juga
bertanggungjawab untuk menguruskan masalah network ataupun server yang
tergendala di KKBP. Unit ICT juga berperanan untuk menguruskan CCTV ataupun
alatan telekomunikasi seperti telefon yang berada di sekitar Kolej Komuniti.
Unit ini lebih menekankan kepada
penyediaan wifi atau network di setiap kawasan Kolej Komuniti Bandar Penawar.
Unit ICT telah memasang beberapa moderm wifi seperti di Blok C, Unit
Pentadbiran, JPSH, Bilik Seminar, Dewan Kuliah dan di kawasan yang lain untuk
memudahkan para pelajar dan staf menggunakan internet di mana mereka berada.
Unit ICT juga telah menyediakan set computer yang lengkap kepada setiap staf
dan pelajar di makmal untuk mereka menggunakan dengan sebaiknya. Oleh itu,
dengan wujudnya Unit ICT, warga Kolej Komuniti Bandar Penawar dapat menggunakan
teknologi terkini dengan sebaiknya.
Seterusnya,
sesuatu yang amat positif dapat saya lihat di sini, sebagai pemaju, mereka
memberikan perkhidmatan yang bermutu serta perlindungan kepada pengguna yang
dijamin memberi impak yang besar kepada sesebuah keluarga. Bebanan kerja
semakin hari semakin bertambah demi memberikan pekhidmatan terbaik. Komen dan cadangan saya kepada Kolej Komuniti Bandar Penawar bukanlah
untuk kepentingan diri tetapi untuk kemajuan agensi ini. Komen dan cadangan saya adalah seperti
berikut :
Kerjasama
Kerjasama
antara semua anggota di Unit ICT dan warga Kolej Komuniti Bandar Penawar yang
lain amat baik sepanjang perkhidmatan saya.
Semasa saya menjalani latihan di sini, saya diberikan tunjuk ajar tentang
proses pekerjaan dengan baik.
Komunikasi
Di Unit
ICT dan KKBP, semua kakitangan
berkomunikasi dengan baik dan sedia memberikan tunjuk ajar tanpa diminta.
Secara keseluruhannya komunikasi di antara pekerja setakat ini di dalam keadaan
yang baik. Saya berharap agar komunikasi sesama pekerja dapat dipertingkatkan
lagi dari semasa ke semasa supaya tidak timbul masalah komunikasi di antara
pekerja.
Disiplin
Masalah disiplin pekerja masih perlu
diperbaiki. Elakkan daripada melambat-lambatkan tugas masing-masing dan
pastikan sesuatu kerja dapat diselesaikan pada waktunya. Selain itu masalah
dari segi masa juga perlu di atasi kerana ada sesetengah pekerja tidak peka
dengan waktu masuk kerja.
RUJUKAN
Laman Web Rasmi 1GovUc http://www.1govuc.gov.my
Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Bandar
Penawar
http://www.kkbpenawar.edu.my/
Ummi
Nadzirah Binti Abd. Rahman (2013). Laporan
Latihan Industri Lembaga
Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Edisi
2013. Politeknik Melaka.
LAMPIRAN
LAMPIRAN
|
TAJUK
|
A
|
Memo
Jawatankuasa Program Anugerah Pencapaian Pelaksanaan Kursus Pendek Sepanjang
Tahun 2013 Kolej Komuniti Bandar Penawar
|
B
|
Memo Bengkel
Penyuntingan dan Pemurnian Laporan Tahunan 2013
|
C
|
Kertas Kerja
Sambutan Maulidur Rasul 1435H/2014M
|
D
|
Memo Lantikan
AJK Perhimpunan Bulanan Bil
|
E
|
Memo
Perlantikan Sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana Minggu Suai Kenal Sesi Mac
2013
|
F
|
Contoh Information Menu Printer OKI B431dn
|
G
|
Contoh Borang
Laporan Kerosakan Peralatan ICT
|
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
LAMPIRAN D
LAMPIRAN E
LAMPIRAN F
LAMPIRAN G