Jabatan Pembelanjaran Sepanjang Hayat
Friday 25 April 2014 @ 08:58




Pelbagai jenis kursus jangka pendek yang relevan dengan keperluan masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti hidup yang telah ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat (JPSH). Selain itu, pelbagai program dan latihan telah dirancang dan dilaksanakan untuk masyarakat setempat dengan pelbagai pembelanjaran yang boleh diikuti oleh semua peringkat umur dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan individu seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan alam pekerjaan. Kursus-kursus yang ditawarkan juga bersesuaian dengan kehendak semasa selaras dengan aspek pembangunan modal insan untuk mewujudkan masyarakat yang berdaya saing selain dari meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.


Visi JPSH – Menjadi peneraju Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional serta Hab Pembelanjaran Sepanjang Hayat menjelang 2015.


Misi JPSH – Untuk membangun komuniti setempat sebagai tanda kerja berpengetahuan dan terlatih untuk memenuhi tuntutan dunia pekerjaan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.


Objektif JPSH – Menyediakan pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti kepada masyarakat setempat dengan menganjurkan dan mewujudkan laluan alternatif kepada lepasan menengah.