Latar Belakang Organisasi
Friday 25 April 2014 @ 08:15





Konsep penubuhan dan perlaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan setelah memorandum dipertimbangkan oleh Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Sebanyak 83 buah Kolej Komuniti telah beroperasi sepenuhnya di seluruh Malaysia sehigga Disember 2012.


MATLAMAT PENUBUHAN KOLEJ KOMUNITI


1. Menjadikan Kolej Komuniti sebagai sebuah institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran kepada semua golongan masyarakat.

2. Memberikan peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi


Pada tarikh 1 Mac 2003 merintis lembaran pertama Kolej Komuniti Bandar Penawar secara rasminya telah dibuka. Kolej Komuniti Bandar Penawar ataupun dalam singkatannya KKBP telah mula beroperasi dengan menumpang di bangunan Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi dengan mempunyai kakitangan perintis seramai 8 orang. Kini, KKBP telah beroperasi sepenuhnya bermula dari tarikh 1 Julai 2005 di kampus tetap yang terletak di Jalan Ungku Abdul Aziz, Bandar Penawar, Johor.


Peranan utama KKBP adalah menyediakan pendidikan dan latihan kepada komuniti setempat termasuk memberi peluang dan laluan alternatif kepada lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan. KKBP bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kemahiran serta ilmu komuniti setempat malah membantu meningkatkan tahap sosio ekonomi mereka.